CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 10, 2008

Fungsi-fungsi Komunikasi

Fungsi komunikasi

Fungsi komunikasi ini akan menjelaskan tentang kenapa tidak ada satu takrifan komunikasi yang tepat untuk menepati semua situasi komunikasi yang ada. Terdapat beberapa jenis fungsi komunikasi iaitu,fungsi memberitahu, fungsi mendidik, fungsi membujuk dan juga fungsi menghibur.

Fungsi Memberitahu
Fungsi ini merupakan fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia yang bertujuan untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai harus diketahui oleh orang lain.

Fungsi Mendidik

Fungsi ini bukanlah sekadar untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku oarng lain tetapi tugas mereka adalah “sekadar memberikan maklumat” agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Seseorang individu itu akan terpengaruh dengan pendapat atau sikap yang disarankan oleh pendidik tersebut dalam jangka masa yang panjang berdasarkan pengetahuan tersebut.

Fungsi Membujuk

Fungsi membujuk ini mula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya. Hal ini telah berjaya menarik minat pengkaji komunikasi untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang cara menggunakan komunikasi bagi tujuan mengubah sikap dan tingkah laku orang ramai.

Fungsi Menghibur

Fungsi komunikasi yang keempat ini mudah dilihat di sekeliling kita. Antara contoh komunikasi yang digunakan untuk menghibur adalah seperti wayang gambar,rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen,drama,komik,lukisan kartun dan sebagainya. Kekesanan fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan. Asalkan seseoarang itu dapat “melapangkan fikirannya” bolehlah dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya.