CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 16, 2009

Jangan Kau Sakiti Hatiku Lagi

Tolong Jangan kau sakiti hatiku lagi...

hati ini hanya menerima hati yang ikhlas ...

Tolong Jangan kau sakiti hatiku lagi...

hati ini hanya untuk mereka yang tahu akan kejujuran...

Tolong Jangan Kau sakiti hatiku lagi...



Sunday, July 5, 2009



SESEGAR BUNGA KEKWA UNGGU.


Sedar x sedar dh setahun sy duduk kat Sabah ni dan melanjutkan pelajaran ke IPTA. Hari ini bermulanya pendaftaran kolej kediaman. Okey juga dapat satu bilik 3 org junior dan 2 orang lagi kawan2 bilik dulu...bukan senang nk dapat satu tempat yg sama. Hari ni pindah tingkat bawah daripada bilik dulu, ini pon dh kira okey lah. Esok bermula lah perjuangan aku sebagai seorang mahasiswa untuk sem 3, teruja aku melihat junior2 yang baru daftar...x sabar rasanya nk mula kuliah...


....syukurlah nak.....

Friday, March 13, 2009

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UMS

KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN STPM/ SETARAF

—Lulus SPM/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu kertas Julai DAN
—Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 DAN
—Mendapat sekurang-kurangnya :
—Gred C (NGMP 2.00) matapelajaran Pengajian AM DAN
—Gred C (NGMP 2.00) dalam (2) mata pelajaran lain DAN
—Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET

YURAN PENGAJIAN

Bidang Sains: Pelajar Tempatan
RM 2003.00
Pelajar Antrabangsa
RM 3653.00
—Bidang Sains Sosial : Pelajar Tempatan
RM 1753.00
Pelajar Antarabangsa
RM 3153.00

PROGRAM IJAZAH YANG DITAWARKAN


SCHOOL OF ART STUDIES

HA04Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Seni Muzik)
HA11Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Seni Kreatif)
HA32Sarjana Muda Sastera Visual Teknologi dengan Kepujian

SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS

HE04Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Keusahawanan)
HE06Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Kewangan dan Perbankan)
HE08Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Perhotelan)

HE09Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Perniagaan Antarabangsa)
HE10Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)
HE18Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian (Perakaunan)
HE05Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)
HE07Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Kewangan)
HE11Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Sumber Manusia)


SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES

HA02Sarjana Muda Sains Social dengan Kepujian (Komunikasi)
HA12Sarjana Muda Sains Social dengan Kepujian (Hubungan Industri)
HA14Sarjana Muda Sains Social dengan Kepujian (Sosiologi dan Antropologi Sosial)
HA15Sarjana Muda Sains Social dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa)
HA18Sarjana Muda Sains Social dengan Kepujian (Geografi)
HA24Sarjana Muda Sains Social dengan Kepujian (Sejarah)


SCHOOL OF PSYCHOLOGY AND SOCIAL WORK

HA13Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi)
HA16Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Pembangunan Belia dan Komuniti)
HA19Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Kaunseling)
HA20Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga)
HA52Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Kerja Sosial)

SCHOOL OF EDUCATION AND SOCIAL DEVELOPMENT

HT06Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Penidikan dengan TESL)*
HT16Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan dengan Sains)*
HT17Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan dengan Sains Sosial)
HT18Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan dengan Ekonomi)*
HS20Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian (Sains Sukan)*

MENGENAI UMS

Hasrat untuk membangunkan sebuah universiti di Sabah terlaksana pada 24 November 1994, apabila Perlimen meluluskan penubuhan Universiti Malaysia Sabah. Pada mulanya hanya tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Teknologi dan Sekolah Sains Sosial telah ditubuhkan. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat pengajian liberal yang dinamai Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.
Ketika sesi akademik yang pertama dimulakan pada pertengahan tahun 1995, terdapat seramai 205 orang mahasiswa yang berdaftar. Bilangan tenaga pengajarnya seramai 24 orang pensyarah dan pentadbiran diuruskan oleh 13 orang staf pengurusan dengan dibantu oleh 26 orang kakitangan sokongan.
Sehingga kini, selain bertambahnya beberapa buah sekolah, yakni Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni dan terkini Sekolah Perubatan serta wujudnya tiga buah institute penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan Bioteknologi.
UMS juga telah berjaya menyiapkan beberapa kompleks bangunan di kawasan tanah yang seluas 999 ekar yang terletak di Teluk Sepanggar. Kampus UMS yang telah siap ini kemudiannya telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 September 2000.
Pembukaan kampus cawangan UMS di Labuan yang dilaksanakan pada 2 Januari 1999 telah mencatatkan setapak lagi kemajuan bagi UMS. Dinamakan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), ia menempatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Sains Informatik dan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa.
Pada masa kini, pelajar UMS adalah berjumlah seramai 12,350 orang, manakala bilangan kakitangan akademiknya pula seramai 570 orang.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

HANAFI (COMMUNICATION)-017-7996708 / 014-9522984
MALISA (SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI)-013-7662643
FARA (EKONOMI SUMBER MANUSIA)-017-7688691

Thursday, March 5, 2009

senarai nama kumpulan tugasan en saat

SENARAI NAMA KERJA BERKUMPULAN 2009
PEMBERITAAN & PENULISAN ( AK10403)

TAJUK: (1) INTERNET

Norninayanie Jasneh
Nur Hayati Safwanah Durahman
Mohd Hanafi Jumrah
Adzman Ades
Albert Thien Kiun Fui

Ella Ellianie Supar
Rusainti Abdurahman
Mazelan B. Ahmad
Aslinda Kamba
Noraisyah Abdul Hak

TAJUK: (2) OBSERVATION

Siti Soleha Bt. Ismail
Siti Muysyarah Bt.Azman
Caroline Mosigil
Roshalindah Bt. Abd. Rashid
Emmy Lisdayara Bt. La

Norazmi Thomas Baran
Azman B. Pitungut
Tuan Mohd Firdaus B. Tuan Soh
Mohd Hasri B. Husain
Kiasman B Karim


TAJUK (3) PRESS-CONFERENCE

Richard Chai
Av-Christya Joacim Duakin
Norafidah Bt. Mohamad Omar
Mohd Safwan Bin Sawi
Nur Badriah Bt Abd. Malik

Helvia Jaimol
Seelah J.Julai
Josieh Bt. Samam Juis
Arthur Edward
Nelly Peter



TAJUK (4) INTERVIEW

Chai Min Kian
Tiung Siew San
Noretta Bt. Ramalan
Titiwana Bt. Zainal
Nurul Baizura Bt. Mohd. Jaafar

Freschela Pinus
Salina Bt. Musa
Siti Nabilah Bt. Kamarzaman
Jarinah Binti Ambasing
Siti Nurainee Bt. Tahir Ahmad

TAJUK: (5) TOKOH

Dayang Yuhanah Bt Yusof
Dahlimahtul Shasaedah
Suzana Bt Mustapha
Nurhafizah Bt. Husin
Shazareen Bin Shafie

Hong Shu Hui
Kalaivani Desaiah
Tan Shi Ai
Siew Yew Zu
Tan Hui Keet


TAJUK: (6) PRESS-RELEASE

Nur Izatul Zahara Bt. Mohammad
Norehan Bt. Kipli
Norsyahrain Bt. Nordin
Syazwana Bt. Omar
Zainab Bt. Zulkifli

Monday, November 10, 2008

Fungsi-fungsi Komunikasi

Fungsi komunikasi

Fungsi komunikasi ini akan menjelaskan tentang kenapa tidak ada satu takrifan komunikasi yang tepat untuk menepati semua situasi komunikasi yang ada. Terdapat beberapa jenis fungsi komunikasi iaitu,fungsi memberitahu, fungsi mendidik, fungsi membujuk dan juga fungsi menghibur.

Fungsi Memberitahu
Fungsi ini merupakan fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia yang bertujuan untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai harus diketahui oleh orang lain.

Fungsi Mendidik

Fungsi ini bukanlah sekadar untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku oarng lain tetapi tugas mereka adalah “sekadar memberikan maklumat” agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Seseorang individu itu akan terpengaruh dengan pendapat atau sikap yang disarankan oleh pendidik tersebut dalam jangka masa yang panjang berdasarkan pengetahuan tersebut.

Fungsi Membujuk

Fungsi membujuk ini mula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya. Hal ini telah berjaya menarik minat pengkaji komunikasi untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang cara menggunakan komunikasi bagi tujuan mengubah sikap dan tingkah laku orang ramai.

Fungsi Menghibur

Fungsi komunikasi yang keempat ini mudah dilihat di sekeliling kita. Antara contoh komunikasi yang digunakan untuk menghibur adalah seperti wayang gambar,rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen,drama,komik,lukisan kartun dan sebagainya. Kekesanan fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan. Asalkan seseoarang itu dapat “melapangkan fikirannya” bolehlah dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya.

Monday, September 1, 2008

IDEOLOGI DAN AGAMA


  • Wanita UMNO Pulau Pinang mahu filem, iklan yang bertentangan akidah di larang (siti faridah arsad utusam malaysia 15 nov 2008)

  • Islam menyatakab bahawa boleh mendengar muzik tetapi mendengar muzik yang berunsurkan dakwah sahaja.

  • Arab saudi telah mengharamkan rancangan pokemon, permainan, filem dan peralatan permainan yang mempunyai lambang pokemon.Ini kerana mereka menggangap bahawa pokemon mempunyai unsur2 yahudi yang mana terdapat bintang 6 segi yang dpt dikaitkan dengan lambang Israil

  • Selagi muzik yang dibawa dalam apa juga versi dan rentak tidak bttgngn dgn agama islam, maka islam membenarkannya.ini jer yg aku dapat cari.....setakat ni.

Wednesday, August 27, 2008

MODEL-MODEL KOMUNIKASI


MODEL-MODEL KOMUNIKASI


Kenyataan Runyon, (1977:57) model didefinisikan sebagai “a replica of the phenomena it attempts to explain.” Manakala Burch Dan Strater (1974:117) pula menggambarkan model sebagai “ a verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a precise manner.” Fisher (1978:64) “ an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or properties or components of that phenomenon that is being modeled.”