CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 27, 2008

MODEL-MODEL KOMUNIKASI


MODEL-MODEL KOMUNIKASI


Kenyataan Runyon, (1977:57) model didefinisikan sebagai “a replica of the phenomena it attempts to explain.” Manakala Burch Dan Strater (1974:117) pula menggambarkan model sebagai “ a verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a precise manner.” Fisher (1978:64) “ an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or properties or components of that phenomenon that is being modeled.”






















KONSEP, DEFINISI DAN TAKRIFAN KOMUNIKASI


KONSEP, DEFINISI DAN TAKRIFAN KOMUNIKASI

Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.

MENURUT SARJANA

Istilah atau kata komunikasi atau communication alam bahasa Inggerisnya, berasal dari bahasa latin communicatus yang membawa maksud “berbagi” atau “menjadi milik bersama”. Menurut Webster New Collogiate Dictionary menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.

French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan.

Brelson dan Steiner (1964) , komunikasi adalah penyampaian informasi, idea, emosi, keterampilan dan seterusnya melalui penggunaan simbol, angka, grafik, dan lain-lain.

Berlo (1960), menyatakan bahawa untuk memahami ilmu komunikasi mestilah memahami proses, unsur-unsur yang terlibat dalam prose situ dan kesan komunikasi.

Theodorson dan Theodorson (1969), komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol.

American College Dictionary, mentakrifkan komunikasi merupakan satu proses pertukaran dan penyebaran pendapat, pandangan atau maklumat melalui ucapan, tulisan atau pun isyarat.

Harold Laswell (1940), pula tampil dengan pendiriannya yang tersendiri mengenai komunikasi yang digunakan sehingga kini iaitu Model Laswell yang membawa “Who says what, in which channel, to whom, with what effects”.

Wilbur Schramm (1971), komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat.

Rogers (1969), komunikasi sebagai satu proses, apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman.

Dervin (1983) pula, kita sering menggangap bahawa sesuatu maklumat itu akan memberi makna yang sama kepada semua individu.

Carl Hovland (1953), membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.

Carl Hovland (1953), membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.

Edwin Neiman (1948), menyatakan bahawa komunikasi sebagai proses ketika sejumlah orang diubah menjadi kelompok yang berfungsi.